KOR SISPA UPM | CHANCELLOR COLLEGE

» KOR SISPA UPM

KOR SISPA UPM

Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan mempunyai seramai 14 Pegawai Muda yang telah ditauliahkan dan seramai 182 kadet yang sedang mengikuti kursus kokurikulum ini sehingga tahun 2019.

 

Kor SISPA UPM merupakan salah satu badan beruniform yang ada di Universiti Putra Malaysia selain daripada PALAPES dan Kor SUKSIS.

 

Dahulunya, Kor SISPA UPM hanya menggunakan sistem platun untuk membezakan kelompok kadet mengikut sesi pengambilan. Kini, sistem kompeni juga telah diterapkan bagi mendidik sikap saling mengenali antara kadet walaupun berbeza platun.

 

Keunikan badan beruniform ini adalah ia lebih menjerumus kepada elemen kesukarelawanan di samping mempelajari modul-modul yang telah ditetapkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Selain daripada itu, Kor SISPA UPM juga menjadikan progam Mobiliti satu aktiviti tahunan bagi kadet-kadet mengambil pengalaman dan menimba ilmu baharu berkaitan kursus di luar bumi Malaysia. Keterlibatan dalam badan beruniform ini memberi peluang untuk kadet membina kerjaya dalam APM setelah ditauliahkan.

SXEbQAT~