Selamat Datang Ke Laman Rasmi Kolej Canselor UPM PDF Print E-mail

Kolej Canselor dahulunya dikenali dengan nama Kolej Keempat UPM terletak berhampiran dengan Padang Kawad UPM dan antara kolej yang paling strategik kerana mempunyai pelbagai kemudahan di sekelilingnya. Kedudukannya yang sangat strategik menyebabkan ramai para pelajar berminat untuk menginap di Kolej Canselor.

Kolej Canselor memfokuskan para pelajarnya untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta menolong merealisasikan aspirasi mereka untuk peluang kerjaya yang menarik atau kualiti kehidupan yang lebih baik. Penekanan yang diutamakan di kolej Canselor berteraskan kepada kemahiran insaniah iaitu:

 

  • Kemahiran kerja berpasukan
  • Etika dan moral
  • Keusahawanan
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Berfikir secara kritis
  • Kemahiran komunikasi
  • Pembelajaran sepanjang hayat
Kemahiran ini penting sebagai bekalan memastikan pelajar yang bergraduat memperolehi pekerjaan setelah bertungkus lumus belajar di UPM.

 

 

 

Maklumbalas dan Aduan