Majlis Kenaikan Pangkat Dan Pentauliahan Pegawai Bersekutu | CHANCELLOR COLLEGE
» KOR SISPA UPM » ACTIVITIES » Majlis Kenaikan Pangkat Dan Pentauliahan Pegawai Bersekutu

Majlis Kenaikan Pangkat Dan Pentauliahan Pegawai Bersekutu

Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Bersekutu dan Pentauliahan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam UPM yang baharu telah diadakan  pada 8 Ogos 2019 di Dewan Kolej Canselor, UPM. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) TPj (PA) Norhafifi bin Haji Ismail. Pegawai Bersekutu yang dinaikkan pangkat adalah Timbalan Komandan KOR SISPA UPM, Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr Mohd Zaki Hamzah, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Omrah Hassan, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Paiman Bawon dan Mejar Bersekutu (PA) Shahrudin Sahrani. Pegawai Bersekutu baharu yang ditauliahkan pula adalah Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias, Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Khairul Jusoh @ Yusof, Kapt. Bersekutu (PA) Mokhtar Dahari dan Kapt. Bersekutu (PA) Abdul Hadi Abd Rashid.Majlis turut dihadiri oleh Komandan KOR SISPA UPM, YBhg. PPJ Kehormat (PA) Prof. Dr. Zulkifli Idrus.

Semoga dapat membawa KOR SISPA UPM ke arah yang lebih cemerlang.

Tahniah diucapkan.

  

Updated:: 30/01/2020 [nani_mohd]

MEDIA SHARING

CHANCELLOR COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEUJAs~