Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awan Kali Ke 10 | KOLEJ CANSELOR
» KOR SISPA UPM » AKTIVITI » Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awan kali ke 10

Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awan kali ke 10

Universiti Putra Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaaan kali ke 10 yang berlangsung pada 14 hingga 18 Ogos 2019. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 1500 peserta yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Bersekutu, Bakal Pegawai tauliah dan juga Pegawai-Pegawai daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat secara langsung dengan acara pentauliahan. Program ini melibatkan penyertaan daripada 34 buah IPTA dan ITPS di Malaysia dan menggunakan fasiliti penginapan di beberapa buah kolej di Universiti Putra Malaysia.

Pentauliahan disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab dan Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris.

Antara pengisian aktiviti 5 hari di UPM melibatkan Latihan Kawad Perbarisan, Latihan Pentauliahan, Pertandingan Kemahiran, Sukan Persahabatan, Bacaan Yassin & Forum Perdana, Senamrobik, Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2019, Fun Walk, Program Gotong Royong Komuniti Perdana Sempena Pentauliahan Kor SiSPA IPT ke-10 dan Makan Malam Kor SISPA.

Dalam acara perbarisan tamat latihan yang diadakan di Padang Kawad UPM, seramai 17 pegawai kadet telah dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik atas prestasi cemerlang yang telah ditonjolkan sepanjang tempoh mengikuti program berkenaan. UPM mencatat rekod tersendiri apabila Pegawai Kadet SISPA Asrul Akmal Jamaluddin turut dianugerahkan Pegawai Kadet SISPA Terbaik Keseluruhan.

 

Kemaskini:: 30/01/2020 [nani_mohd]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXETSAD~