Unity Of Canselor 2.0 : Family Fete 2023 - Taut Silaturahim Warga Kolej Canselor | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Unity of Canselor 2.0 : Family Fete 2023 - Taut Silaturahim Warga Kolej Canselor

Unity of Canselor 2.0 : Family Fete 2023 - Taut Silaturahim Warga Kolej Canselor

disediakan oleh : Aimi Hannani 

KOLEJ CANSELOR  Unity of Canselor 2.0 : Family Fête telah diadakan pada 12 Oktober 2023 sehingga 29 Oktober 2023. Program ini merupakan program turun temurun di Kolej Canselor bertujuan mewujudkan jaringan sosial antara semua warga Kolej Canselor yang dianjurkan oleh Jemaah Pengerusi Blok dengan kerjasama Sekretariat Sukan, Sekretariat Cendekia dan Komunikasi Korporat dan Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Perwakilan Kolej Canselor Sesi 2023/2024

Antara program yang dianjurkan ialah Seki’s Gallery Walk dimana ia merupakan salah satu aktiviti pameran yang dijalankan untuk memperkenalkan dan mempromosikan sekretariat yang ada di Kolej Canselor bertujuan untuk mencari ahli jawatankuasa yang baharu bagi setiap sekretariat bagi pelaksanaan program-program yang bakal dijalankan di Kolej Canselor.

Freshman Jumpstart merupakan aktiviti sukaneka yang melibatkan warga Kolej Canselor dari tahun pertama hingga tahun akhir. Program ini berjaya mencapai penyertaan seramai 80 orang. Program ini melibatkan permainan dan aktiviti berpasukan yang dapat membantu membangunkan kemahiran sosial seperti kerjasama, komunikasi dan kebolehan . Antara sukaneka yang dijalankan adalah seperti Jambatan Pingpong, Bottle Flick, Radio Rosak dan Throw Into D’ Bottle. Kumpulan yang berjaya meraih mata yang tertinggi akan dinobatkan sebagai juara bagi permainan ini. Kumpulan yang memenangi pertandingan ini ialah kumpulan 2.

 

Canselor’s Serenade merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang dibuka kepada semua warga Kolej Canselor yang telah dilaksanakan untuk mencungkil bakat terpendam warga dalam bidang nyanyian mengikut genre lagu yang dipilih. Program ini telah disertai oleh 10 orang pelajar Kolej Canselor yang mengetengahkan beberapa genre lagu seperti pop, balada dan slow rock. Tempat Ketiga disandang oleh Nik Muhammad Irfan bin Nik Mohd Amiruddin , Naib Johan pula ialah Nur Suhada Amira binti Kamarul Zaman dan Johan pertandingan ini ialah Kamalia binti Norfadzli.

Maestro Emcee 2023 telah diadakan untuk mencungkil bakat warga Kolej Canselor dalam bidang pengacaraan. Pelajar yang berminat dalam bidang pengacaraan akan diberi bimbingan dan tunjuk ajar daripada pakar dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama pertandingan akan diadakan. Program ini telah menampilkan seorang penceramah hebat iaitu Encik Mursidi bin Ahamad, Timbalan Pengarah Pendaftar (Pentadbiran) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Program ini telah disertai oleh 35 orang warga Kolej Canselor. Program sebegini sememangnya memberi peluang kepada para peserta untuk berani membina keyakinan diri apabila berhadapan di khalayak ramai serta mempelajari format pengacaraan yang betul dan teratur. Selepas bengkel pengacaraan diadakan oleh penceramah, terdapat juga satu simulasi kecil dan pertandingan diadakan kepada peserta. Pemenang ditentukan berdasarkan peserta yang dapat mengacarakan teks dengan terbaik. Pemenang Tempat Ketiga bagi Maestro Emcee 2023 disandang oleh Nurul Huda binti Yusaini, Naib Johan pula disandang oleh Nurulhuda Binti Musa Samiri dan Johan bagi Maestro Emcee 2023 ialah Noor Asma Nabihah binti Noor Azman.

 

 

Sukan Intrakolej Kolej Canselor (SikKoC) 2023 bertujuan untuk memperkenalkan beberapa jenis sukan kepada semua warga Kolej Canselor untuk mewakili kolej, universiti hingga ke peringkat yang lebih tinggi di samping mencungkil bakat warga Kolej Canselor dan mencari pelapis dalam sukan yang dipertandingkan. Sukan ini telah diwakili oleh warga Kolej Canselor mengikut aras pada setiap blok kediaman iaitu aras 0 (Sunkiss), aras 1 (Leo), aras 2 (H2O) dan aras 3 (Venus). Antara sukan yang dipertandingkan ialah, bola jaring kampung, bola baling, dodgeball dan tarik tali. Bagi perlawanan bola jaring, tempat kedua dimenangi oleh Aras 0 (Sunkiss) manakala tempat pertama dimenangi oleh Aras 1 (Leo). Bagi bola baling kategori lelaki, tempat kedua dimenangi oleh Aras 2 (H20) manakala johan dimenangi oleh Aras 1 (Leo). Bagi kategori wanita pula tempat kedua dimenangi oleh Aras 3 (Venus) dan johan dimenangi oleh aras 1 (Leo). Bagi pertandingan dodgeball pula tempat kedua dimiliki oleh Aras 0 (Sunkiss) dan tempat pertama dimenangi oleh Aras 1 (Leo). Johan keseluruhan bagi SikKoC 2023 ialah Aras 1 (Leo).

Flexi Block Day merupakan salah satu aktiviti berkonsepkan rumah terbuka yang melibatkan seluruh warga Kolej Canselor. Semua warga dibenarkan untuk melawat blok-blok dan menceriakan papan kenyataan di setiap blok di Kolej Canselor mengikut waktu yang ditetapkan. Lawatan ke blok diadakan pada waktu yang ditetapkan iaitu pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti yang menarik dilaksanakan oleh warga blok bagi menarik minat penghuni blok lain untuk datang berkunjung ke blok. Pertandingan ini telah diadili oleh Cik Nur Arisya binti Mohd Shamsuri, Encik Muhammad ‘Arif Fridaus bin Azman, Cik Arayati Selamat dan Puan Wahidah Abdul Wahab. Penjurian dilakukan selama dua hari. Tempat Ketiga bagi pertandingan ini dimiliki oleh Blok Malinja diikuti dengan Blok Murni mendapat Naib Johan dan Johan bagi pertandingan ini dimenangi oleh Blok Delima.

 

Clash of Chef 2023 dianjurkan untuk mencungkil bakat warga dalam bidang masakan dan hiasan makanan mengikut kreativiti masing-masing dan bahan yang telah ditetapkan. Pertandingan ini diadakan bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga 2.00 petang. Pertandingan ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat warga dalam bidang masakan dan hiasan makanan. Peserta akan memasak mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan bahan yang telah ditetapkan.  Pertandingan ini telah diadili oleh Cik Nur Aida binti Mahadi, Encik Ahmad Syazwan Aziz bin Aminuddin dan Encik Mohd Salehuddin bin Ahmad. Naib Johan bagi pertandingan ini jatuh kepada Blok Keranji dan Johan bagi pertandingan ini adalah Blok Salak.

 

Tarikh Input: 17/11/2023 | Kemaskini: 17/11/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdFAx~