| KOLEJ CANSELOR
list of latest announcement

[BORANG PENCALONAN MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada warga Kolej Canselor, di sini terdapat satu pengumuman.

Borang Pencalonan Majlis Tertinggi Mahasiswa bagi sesi 2017/2018 telah dikeluarkan. Bagi warga yang berminat, borang boleh diambil di Pusat Kegiatan Pelajar.

Syarat-syarat permohonan:-

- Mempunyai sekurang- kurangnya SATU tahun baki pengajian
- TIDAK PERNAH dikenakan sebarang tindakan tatatertib samada di peringkat kolej atau universiti
- Telah menyertai Kursus Kepemimpinan Canselor
- Keputusan peperiksaan terkini perlulah disertakan bersama-sama borang pencalonan

Borang yang telah lengkap diisi boleh di pulangkan semula kepada mana-mana MTM selewat-lewatnya pada 4/5/2017 (Khamis)

Sekian, terima kasih.

KC, Kekal Cemerlang!

[BORANG PENCALONAN MAJLIS ANUGERAH CANSELOR SESI 2016/2017]

[‘SPARKLING STARS’: TOGETHER WE SPARKLE, TOGETHER WE SHINE]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Borang Pencalonan Majlis Anugerah Canselor sesi 2016/2017 bagi sesi 2017/2018 telah dikeluarkan. Terbuka kepada semua warga Kolej Canselor tahun satu, dua dan tiga. Bagi warga yang berminat, borang boleh diambil di Pusat Kegiatan Pelajar. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah seperti berikut;

• Anugerah Atlet Harapan (siswa/siswi)
• Anugerah Atlet Cemerlang (siswa/siswi)
• Anugerah Tunas Cendekia (siswa/siswi)
• Anugerah Reccan Harapan (siswa/siswi)
• Anugerah Usahawan Harapan (siswa/siswi)
• Anugerah Budayawan/Budayawanis Harapan
• Anugerah Kesukarelawan Harapan (siswa/siswi)
• Anugerah Kepemimpinan Sukan (siswa/siswi)
• Anugerah Kepemimpinan Cendekia (siswa/siswi)
• Anugerah Kepemimpinan Rekreasi (siswa/siswi)
• Anugerah Kepemimpinan Keusahawanan (siswa/siswi)
• Anugerah Kepemimpinan Kebudayaan (siswa/siswi)
• Anugerah Kepemimpinan Kesukarelawan (siswa/siswi)

Borang tersebut boleh dihantar kepada mana-mana MTM selewat-lewatnya adalah pada 6 MEI 2017.

Syarat-syarat setiap anugerah boleh dirujuk pada papan kenyataan berhadapan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP).

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengarah (017-3695793).

Sekian, terima kasih.
KC, Kekal Cemerlang!

[MAJLIS ANUGERAH CANSELOR (MAC) SESI 2016/2017]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Majlis Anugerah Canselor (MAC) sesi 2016/2017: bertemakan 'Sparkling Stars' : Together We Sparkle, Together We Shine akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH: 14 MEI 2017 (AHAD)
TEMPAT: DEWAN KOLEJ CANSELOR
MASA: 8.00 MALAM
YURAN: RM12

Sehubungan itu, bayaran yuran boleh dibuat bermula 1 Mei 2017 pada ketetapan berikut:

Masa: 9.00 malam - 11.00 malam
Tempat: Hadapan PKP

Borang pencalonan MAC juga boleh didapatkan di PKP bagi yang berminat.

Bersama-sama kita raikan bintang-bintang Canselorian Kolej Canselor bagi sesi 2016/2017.

Sekian, terima kasih.

[KULIAH TASAWWUR ]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepada semua warga Kolej Canselor, Kuliah Tasawwur akan diadakan seperti butiran yang berikut:-

Tarikh : Setiap Selasa
Masa : 7.15 malam
Tempat : Pusat Kegiatan Pelajar (PKP)
Penyampai: al Fadhil Ustaz Mohd Hafiz

📖 Semua warga diharuskan membawa al-Quran/tafsir al-Quran masing-masing

📖 Semua warga juga digalakkan membawa buku catatan

Sehubungan dengan itu, semua warga dijemput hadir.
Merit disediakan.
Sekian, terima kasih

Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) Kolej Canselor sesi 2017/2018 ini akan diadakan mulai 21 Ogos 2017 dan akan berakhir pada 27 Ogos 2017.

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467368
0389467369
C1506041929