AGRI CARE CLINIC : PENANAMAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF DAN TEPAT | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » AGRI CARE CLINIC : PENANAMAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF DAN TEPAT

AGRI CARE CLINIC : PENANAMAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF DAN TEPAT

disediakan oleh Muhammad Syafi Bin Abdul Malik.

UPM SERDANG  – Aktiviti menanam bukan sahaja sekadar minat dan menjana pendapatan, tetapi bertujuan untuk menghargai ciptaan tuhan. Program Agri Care Clinic mendedahkan kaedah tanaman sayur yang betul. Agri Care Clinic ini telah berlangsung pada 25 November 2023 dan 30 Disember 2023 lalu yang melibatkan  pelajar Kolej Canselor khususnya ahli kelab KC Agro. Program ini dijalankan di Dewan Kolej Canselor dan di Kebun Malinja. Program yang dianjurkan oleh Sekretariat Pertanian, Alam Sekitar dan Pertanian ini telah melibatkan seramai 56 orang pelajar, 3 orang Felo dan 1 orang penceramah yang dijemput dari Fakulti Pertanian dan Penghutanan ini telah terlibat bagi  menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan bertujuan mengajar kaedah penanaman pokok yang betul dari pengendalian anak benih sehinggalah penjagaan pokok. Program ini juga tidak berasaskan teori semata-mata tetapi mempunyai slot praktikal sekaligus memberi bimbingan kepada pelajar untuk menanam pokok dengan betul bagi mengelakkan kematian pokok yang ditanam.

25 November 2023, pada hari Sabtu yang lalu, memfokuskan kepada penjagaan dan pengendalian anak benih yang betul, pelajar mula didedahkan dengan perkongsian secara teori bagaimana anak benih itu membesar dan terangsang dengan cahaya matahari, air, graviti, dan ruang, setelah itu diberi bimbingan secara praktikal dimana pelajar boleh melihat secara mata kasar anak benih itu membesar dan berinteraksi. Pokok yang ditanam adalah jagung, sawi dan kangkung.

30 Disember 2023, pada hari Sabtu yang lalu lebih menumpukan  cara pemindahan anak benih dan penjagaan anak pokok yang betul, keperluan dan keadaan pokok ditekankan pada hari ini bagi mengelakkan pokok mati akibat kekurangan nutrien seperti air, baja, dan cahaya matahari serta serangan serangga perosak.

Pelajar diberikan pendedahan keadaan anak benih dan pokok secara teori.

Pencampuran baja dan sabut kelapa sebelum diletakkan di dalam poli bag

 

Sesi fotografi sebelum tamatnya program

 

Tarikh Input: 25/03/2024 | Kemaskini: 25/03/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEcPAH~