JELAJAH NUSANTARA CANSELOR 2024 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » JELAJAH NUSANTARA CANSELOR 2024

JELAJAH NUSANTARA CANSELOR 2024

26 Februari 2024 INDONESIA – Program Jelajah Nusantara Canselor merupakan sebuah program mobiliti outbound yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Canselor Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Majlis Perwakilan Fakulti Pertanian (PERMATANI) UPM. Program ini telah berlangsung selama 14 hari bermula daripada 26 Februari 2024 sehingga 10 Mac 2024. Terdapat seramai 13 orang peserta daripada Kolej Canselor dan 21 orang peserta daripada PERMATANI diiringi oleh tiga (3) orang pegawai daripada Kolej Canselor dan dua (2) orang pegawai daripada PERMATANI.

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan pertukaran idea dan pandangan bersama negara luar dalam amalan positif sebagai panduan untuk menjadi individu yang lebih profesional. Para peserta telah menginap di  tempat penginapan Universitas Brawijaya selama 14 hari iaitu Griya Brawijaya. Para peserta telah melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang telah dianjurkan oleh Universitas Brawijaya, Kota Malang, Indonesia. Terdapat pelbagai pengisian yang telah  dijalankan sepanjang program mobiliti ini.  Antaranya,  lecture time bersama pensyarah-pensyarah  Universitas Brawijaya, pelbagai jenis workshop dan  slot  leisure time di Kota Malang, Indonesia. Perjalanan di Kota Malang berakhir pada 10 Mac 2024 apabila para peserta kembali ke Malaysia, menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu dari Indonesia.

Slot Lecture Time: Wood Science and Tech oleh Arif Delviawan, S.Hut., M.Agr., Ph.D

 

Slot Workshop oleh Department of Agronomy: Hydroponic system

Slot Cultural Performances: Introducing Traditional Clothes, Cultures, and Songs

Slot Leisure Time: Kayutangan Heritage, Alun-alun Malang dan Masjid Jami’ Kota Malang

 

disediakan oleh : Nur Hamizah

 

Tarikh Input: 25/03/2024 | Kemaskini: 25/03/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEcRAk~