SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERSATUAN CANSELORIAN CINA 2023/2024 : MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA BERSAMA-SAMA | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERSATUAN CANSELORIAN CINA 2023/2024 : MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA BERSAMA-SAMA

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERSATUAN CANSELORIAN CINA 2023/2024 : MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA BERSAMA-SAMA

disediakan oleh Queenie Yah Rou Xin 

UPM SERDANG – Sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Canselorian Cina 2023/2024 telah berjaya dijalankan secara talian, di Dewan Kolej Canselor and Dewan Sri Pulasan pada 25 Disember 2023 hingga 13 JanuarI 2024. Program ini hanya melibatkan warga Kolej Canselor dan telah mendapat sambutan yang hangat dengan penyertaan 37 orang peserta dalam Pertandingan Poster Digital CNY, 22 orang peserta dalam CNY Decoration Workshop, 32 orang peserta dalam Pertandingan Menghias Pintu Bilik Sempena CNY, 123 orang peserta dalam Pertandingan Kuiz Perayaan Tahun Baru Cina, 29 orang peserta dalam Malam Filem Tahun Baru Cina, 19 orang peserta dalam   Kaligrafi Cina dan Meniup Plum Blossom Workshop serta Pertandingan Kaligrafi Cina dan Meniup Plum Blossom serta 50 orang Majlis Penutupan Sambutan Tahun Baru Cina. Program-program yang dilaksanakan juga terlibat dengan 11 orang ahli jawatankuasa Persatuan Canselorian Cina dan beberapa orang warga Kolej Canselor sebagai Ahli Jawatankuasa Program.

Sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Canselorian Cina 2023/2024 telah dianjurkan supaya Warga Kolej Canselor dapat memahami tradisi Tahun Baru Cina secara lebih mendalam serta memberikan peluang kepada semua warga Kolej Canselor untuk meraikan Perayaan Tahun Baru Cina tanpa mengira kaum dan saling menghormati antara pelbagai budaya di dalam kolej. Program yang dianjurkan termasuklah Pertandingan Poster Digital CNY, CNY Decoration

Workshop, Pertandingan Menghias Pintu Bilik Sempena CNY, Pertandingan Kuiz Perayaan Tahun Baru Cina, Malam Filem Tahun Baru Cina, Kaligrafi Cina dan Meniup Plum Blossom Workshop dan Pertandingan Kaligrafi Cina serta Meniup Plum Blossom dan Majlis Penutupan Sambutan Tahun Baru Cina. Sepanjang pelaksanaan Pertandingan Poster Digital CNY dan Pertandingan Menghias Pintu Bilik Sempena CNY, semua peserta telah menghasilkan poster digital dan menghiaskan pintu bilik masing-masing yang bertemakan Tahun Baru Cina dengan kreatif dan mengumpulkan like untuk karya sendiri dalam Instagram (@yuan_kcupm).

Dengan penuh harapan, Sambutan Tahun Baru Cina Persatuan Canselorian Cina diharapkan telah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga-warga Kolej Canselor dan dapat berasa kekitaan dan kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan warga Kolej Canselor.

Karya yang dihasilkan oleh peserta Pertandingan Poster Digital CNY

 

 

Karya peserta dalam Pertandingan Menghias Pintu Bilik Sempena CNY

 

Puan Rozmalina Izwanita binti Mohamed merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Canselorian Cina, Kolej Canselor, diiringi oleh Saudari Tacia Tai Dien Rui sebagai EXCO Sekretariat Perpaduan Dan Keharmonian, Majlis Perwakilan Kolej dan Pengarah saudara Voon Sze Kai.

 

 

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdGAs~