Putra Green Fashion Show : Melahirkan Rasa Cinta Akan Alam Sekitar Dengan Kitar Semula Barang Terpakai | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Putra Green Fashion Show : Melahirkan Rasa Cinta Akan Alam Sekitar Dengan Kitar Semula Barang Terpakai

Putra Green Fashion Show : Melahirkan Rasa Cinta Akan Alam Sekitar Dengan Kitar Semula Barang Terpakai

 disediakan oleh : Nurain Syazana

 

 26 Nov. 2023, UPM Serdang - Putra Green Fashion Show telah berjaya dilaksanakan atas bantuan pihak tertentu. Program ini telah berlangsung pada tarikh 26 November 2023 bertempat di pentas utama Pesta Konvokesyen UPM Sesi ke-47.

Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi memupuk semangat kitar semula dalam kalangan masyarakat dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik, kotak, kertas, majalah terpakai dan  plastik sampah bagi menghasilkan busana dan aksesori yang menarik dan mempunyai nilai estetika. Program ini juga membuka ruang bagi peserta untuk mengasah kreativiti dan bakat dalam bidang fesyen.

Program ini turut dibantu oleh tiga orang pensyarah yang dijemput untuk menjadi juri bagi menilai dan menghakimi busana serta aksesori yang dihasilkan para peserta.

“Program seperti ini perlu diperluaskan lagi dan melibatkan pihak luar, bukan dari kalangan pelajar UPM sahaja. Saya sangat berbangga dengan pelaksanaan program ini.” Ucap salah satu juri dalam program ini.

Sepanjang program dijalankan, semangat kerjasama dapat diperhatikan dalam kalangan para peserta semasa mereka bersama-sama menyiapkan busana dan aksesori yang telah dirancang awal. Penetapan tema dan konsep tersendiri lebih menyerlahkan identiti busana mereka.

Pada akhir program, beberapa peserta telah diwawancara dan mereka mengungkapkan kata-kata penghargaan kepada penganjur kerana memberi mereka peluang untuk meneroka pelbagai aktiviti dan menambah pengalaman

Para pemenang bersama ‘mock cheque’ dan trofi dalam sesi fotografi

Alumni UPM menerangkan busana yang dihasilkan dan diperagakan oleh anaknya

Peserta sedang memakaikan busana pada model kumpulan

Peserta sedang menyiapkan busana

Peserta sedang menyiapkan aksesori

Tarikh Input: 26/12/2023 | Kemaskini: 26/12/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdGAn~