Malam Gemilang Canselor 2023 | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Malam Gemilang Canselor 2023

Malam Gemilang Canselor 2023

7 Januari 2023 – Majlis Perwakilan Kolej Canselor telah menganjurkan Malam Gemilang Canselor 2023 (MGC 2023) di MZ Garden Hall, Bangi.  Program ini merupakan program utama bagi meraikan pelajar tahun akhir Kolej Canselor yang akan bergraduat pada tahun 2023. Tetamu jemputan bagi Malam Gemilang Canselor ialah Naib Canselor UPM iaitu  YBhg. Dato’ Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.  Majlis ini juga dihadiri oleh Pengetua-pengetua Kolej Kediaman dan juga Pegawai-pegawai Tadbir Kolej Kediaman serta Barisan Jemaah Presiden Majlis Perwakilan Kolej Kediaman. 

 

 

Malam Gemilang Canselor 2023 merupakan majlis tradisi Kolej Canselor yang diadakan setiap tahun.  Majlis ini paling bermakna untuk mereka dan diraikan oleh pihak pengurusan Kolej Canselor dan warga Kolej Canselor. Majlis malam ini bertemakan Gala Night.

 

Acara kemuncak majlis ini ialah pemberian cenderahati kepada pelajar tahuh akhir  dan  juga kepada pelajar yang telah banyak menabut bakti Dan jasa dari segi kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum kepada kolej.   

Di antara anugerah yang diberikan ialah di Majlis Gemilang Canselor ialah :

  1. Anugerah Gemilang Canselor
  2. Anugerah Khas Pengetua
  3. Anugerah Khas Felo
  4. Anugerah Khas Kepimpinan
  5. Anugerah Khas Akademik
  6. Anugerrah Khas Kokurikulum
  7. Anugerah Rekreasi Canselor
  8. Anugerah Usahawan Canselor
  9. Anugerah Budayawan/Budayawanis Canselor
  10. Anugerah Olahragawan/Olahragawati Canselor
  11. Anugerah Sukarelawan Canselor
  12. Anugerah Cakna Pertanian Canselor

 

   

 

Akhir sekali, Kolej Canselor juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembekal yang bermurah hati iaitu Casamas Murni Enterprise, Sentuhan Gemilang, Care Cool Enterprise, Sam Sport, Galeri Usahwan Canselor dan Canselor Resources kerana sudi memberi sumbangan untuk menjayakan program yang besar ini.

Tarikh Input: 10/01/2023 | Kemaskini: 10/01/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdEAs~