Lawatan Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Lawatan Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Lawatan Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

SERDANG,15 Jan 2023 -  Sekretariat Rekreasi dan Alam Sekitar, Majlis Perwakilan Kolej Canselor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang.  Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti lawatan ini dan di iringi oleh  Cik Ghaibulna binti Abdol Lajis sebagai Felo Pemantau.

Lawatan sambil belajar ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran para pelajar terutamanya warga Kolej Canselor berkaitan dengan ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia.

Lawatan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang kepentingan konservasi hidupan liar seperti gajah dan habitatnya.  Sekali gus mampu memupuk sikap cinta akan alam sekitar serta melestarikan flora dan fauna.

 

Lawatan ini juga memberikan pengalaman secara terus kepada pelajar berinteraksi dan melihat hidupan liar menjalankan aktiviti seharian mereka.  Peluang ini tidak mudah untuk didapatkan dan bakal menjadi pengalaman yang bermanfaat serta berhaga terutama bagi pencita alam semulajadi dan hidupan liar.  Pelajar juga berpeluang berkomunikasi secara langsung bersama pakar hidupan liar yang bertugas.

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 18/01/2023 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdKA5~