DIGITAL POSTER COMPETITION : 101 Pelajar Universiti Putra Malaysia Terlibat Dalam Mencipta Poster Mengikut Tema | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » DIGITAL POSTER COMPETITION : 101 Pelajar Universiti Putra Malaysia Terlibat Dalam Mencipta Poster Mengikut Tema

DIGITAL POSTER COMPETITION : 101 Pelajar Universiti Putra Malaysia Terlibat Dalam Mencipta Poster Mengikut Tema

disediakan oleh Alya Batrisyia |9 Februari 2024

UPM SERDANG – Digital Poster Competition anjuran Sekretariat Multimedia dan Publisiti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa, Universiti Putra Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 19 Januari 2024 hingga 27 Januari 2024 secara dalam talian. Program ini terdiri daripada tiga kategori iaitu mencipta poster sempena Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Isra’ Mikraj. Program ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Putra Malaysia. Seramai 101 penyertaan telah diperoleh iaitu lapan penyertaan bagi kategori Hari Wesak, 51 penyertaan bagi kategori Tahun Baru Cina dan 42 penyertaan bagi kategori Isra’ dan Mikraj. Program ini diadakan untuk mengembangkan pemikiran kreatif setiap peserta dan kebolehan menggambarkan visual melalui penciptaan poster.

Penilaian setiap peserta telah dinilai dengan kerjasama oleh salah seorang pereka daripada Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Universiti Putra Malaysia iaitu Puan Nurul Shafiza binti Borhanuddin. Pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan di Instagram Kolej Canselor pada 27 Januari 2024. Seramai sembilan pemenang mengambil maklum atas pengumuman tersebut dan pengagihan hadiah bagi setiap pemenang telah dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa program.

 

Pemenang tempat pertama bagi kategori Hari Wesak.

 Pemenang tempat kedua bagi kategori Isra’ dan Mikraj.

 Pemenang tempat ketiga bagi kategori Tahun Baru Cina.

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 15/03/2024 | fuziah

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEdNAC~