Mobiliti Membina Jalinan Bersama Mahasiswa Indonesia | CHANCELLOR COLLEGE
» NEWS » Mobiliti Membina Jalinan Bersama Mahasiswa Indonesia

Mobiliti Membina Jalinan Bersama Mahasiswa Indonesia

 

disediakan oleh Nurul Azween

UPM SERDANG – Jelajah Siswa Madani: Program Inbound Mobiliti Membina Jalinan Bersama Mahasiswa Indonesia yang diadakan bermula 31 Oktober 2023 sehingga 7 November 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini melibatkan 17 orang mahasiswa dari Universitas Brawijaya, seorang pegawai pengiring dari Universitas Brawijaya diikuti dengan barisan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Canselor dan Majlis Perwakilan Fakulti, Fakulti Pertanian.

Program ini merupakan program yang berunsurkan pertukaran budaya antara pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pelajar Universitas Brawijaya Indonesia. Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan baik serta saling berkongsi idea berkaitan akademik dan budaya. Ini sekaligus menyahut dasar pemimpin negara iaitu “Malaysia MADANI”, panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik. Konsep tersebut selari dengan program ini yang bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Pada 31 Oktober 2023 yang lalu, Kolej Canselor telah menerima ketibaan seramai 17 orang mahasiswa dan seorang pegawai pengiring daripada Universitas Brawijaya, Indonesia. Sepanjang program ini berlangsung, mereka telah menetap di Kolej Canselor. Program ini dimulakan dengan slot “Bongkah Ais Cair” yang bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, kesemua pelajar Universitas Brawijaya, MPK dan MPF telah dibahagikan kepada 8 buah kumpulan.


Selain itu, pada 1 November 2023, Welcoming Ceromony: Jelajah Siswa Madani: Program  Inbound Membina Jalinan Bersama Mahasiswa Indonesia telah dilaksanakan. Majlis perasmian ini dihadiri oleh Dr. Arif Delviawan, pegawai pengiring dari Universitas Brawijaya, YBhg. Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengetua Kolej Canselor, serta YBhg. Prof. Madya Dr. Juwaidah binti Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pertanian turut hadir bagi merasmikan program tersebut.

2 November 2023, pada hari Khamis, slot “Seni Kraf Malaysia” dan “Let’s Play Malaysian Traditional Games” telah diadakan. Mahasiswa-mahasiswa Indonesia berpeluang mempelajari  cara menganyam ketupat dengan tunjuk ajar daripada pelajar UPM. Markah telah diberikan kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan ketupat yang cantik dan kemas. Seterusnya, mereka juga bermain beberapa permainan tradisional Malaysia seperti congkak, ceper, batu seremban dan ketingting. Permainan-permainan ini dibahagikan kepada empat checkpoint bagi memastikan kesemua pelajar Indonesia dapat merasai pengalaman bermain setiap permainan.

Slot “Fashion Show Busana Malaysia dan Indonesia” serta “Introducing Malaysian Foods” telah dijalankan pada hari Jumaat, 3 November 2023. Slot ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dari Universitas Brawijaya tentang pakaian tradisional negara Malaysia dan makanan tempatan yang berada di Malaysia disamping membina pengetahuan para pelajar yang mendalam tentang budaya di Malaysia. Setelah didedahkan dengan pakaian dan makanan, para pelajar telah diberikan quiz untuk menguji tahap kefahaman mereka.

Pada hari Sabtu dan Ahad iaitu 3 dan 4 November, para pelajar telah dibawa untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Antaranya, mereka telah berkunjung ke Fakulti Ekologi, Dataran Dewan Besar, Ladang Nanas, kilang Beryls Chocolate & Confectionery Sdn Bhd , IOI City Mall, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Anjung Floria. Pada Hari Ahad pula, para pelajar berpeluang untuk melawat Fruit Valley, Pasar Seni dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Disini para pelajar berpeluang untuk menimba ilmu dan melihat sendiri tempat-tempat menarik yang berada di Malaysia.

Pada hari Isnin 5 November 2023 , Closing Ceremony telah diadakan bagi meraikan para pelajar Universitas Brawijaya disamping menyampaikan hadiah kepada setiap kumpulan. Closing Ceremony ini telah dihadiri oleh pegawai pemantau bagi program ini iaitu Encik Hanis bin Johari serta Presiden Majlis perwakilan Kolej, Kolej Canselor iaitu saudara Mohammad Hafiz Mohamad Fauzi dan Presiden Majlis Perwakilan Fakulti, Fakulti Pertanian saudara Akmal Mirza Mohd Farid.

Secara kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak serta mencapai matlamat yang digariskan. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswa bagi menggalakkan pertukaran idea dan pandangan dengan negara luar sekaligus meluaskan rangkaian kenalan mahasiswa.

Pelajar dari Universitas Barawijaya tiba di Kolej Canselor

 

slot "Bongkah Ais Cair"

Welcoming Ceremony: Jelajah Siswa Madani: Program Inbound Mobiliti Membina Jalinan Bersama Mahasiswa Indonesia

 

Slot “Seni Kraf Malaysia” dan “Let’s Play Malaysian Traditional Games

Pelajar Universitas Brawijaya memperagakan pakaian tradisional Malaysia di slot “Fashion Show Busana Malaysia dan Indonesia”

Pelajar Universitas Brawijaya bergambar di Fakulti Pertanian

 Pelajar Universitas Brawijaya berkunjung ke Fruit Valley, Selangor

 

Lawatan ke Menara KLCC dan Central Market di Kuala Lumpur pada 4 Novemberr 2023

 

 

Date of Input: 14/11/2023 | Updated: 14/11/2023 | fuziah

MEDIA SHARING

CHANCELLOR COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEcEAa~