Kursus Pendedahan Rekreasi (KPR) 2019 | KOLEJ CANSELOR
» NEWS » Kursus Pendedahan Rekreasi (KPR) 2019

Kursus Pendedahan Rekreasi (KPR) 2019

Batu Kikir , Negeri Sembilan – Seramai 98 orang pelajar daripada Kolej Canselor telah menyertai program Kursus Pendedahan Rekreasi (KPR) 2019 yang telah diadakan pada 08 November sehingga 10 November 2019 di Hutan Lipur Jeram Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Program yang telah berlangsung selama 2 hari 2 malam ini melibatkan pendedahan kepada teori asas untuk bertahan hidup di hutan kepada peserta di samping memberi pengalaman kepada Instructor baharu untuk menguruskan sesuatu program rekreasi serta mengeratkan hubungan antara pelajar Kolej Canselor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah teori Packing Your Backpack, teori First Aid , teori ikatan , teori Api dan Masak dan teori kompas Orientaring.

Alhamdulillah, KPR kali ini berjalan dengan lancar di mana para peserta dan instructor sihat dan tidak mengalami kecederaan . Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KPR 2019.

Date of Input: 19/11/2019 | Updated: 19/11/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603- 9769 7501
+603- 9769 7369
C1576408978