CIC 020 Hanya Yang Tabah Akan Berjaya! | KOLEJ CANSELOR
» NEWS » CIC 020 Hanya Yang Tabah Akan Berjaya!

CIC 020 Hanya Yang Tabah Akan Berjaya!

Maran, Pahang – Canselor Instructor Course (CIC 020) merupakan aktiviti tahunan anjuran Biro Alam Sekitar dan Rekreasi telah diadakan pada 31 Mac hingga 5 April 2019 bertempat di Taman Eko Rimba Berkelah, Maran Pahang. Seramai 50 orang peserta dan 38 orang instruktor yang terdiri daripada warga Kolej Canselor telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

 

Canselor Instructor Course 020 (CIC 020) ialah aktiviti rekreasi yang mengajar peserta hal-hal berkaitan ilmu perkhemahan dan rekreasi dengan lebih mendalam serta cara ikhtiar hidup di dalam hutan disamping memelihara dan memulihara alam sekitar. Penganjuran aktiviti lasak seperti ini bakal menguji ketahanan fizikal dan mental peserta selain dapat menikmati keindahan alam sekitar ciptaan tuhan.

 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Fly Drop, Water Repelling, Water Confident, Solo Camp, Mobile Trekking dan Slot-Slot Teori seperti Teori Kompas, peta, First Aid dan sebagainya.

 

Oleh: Rabi’atul Adawiyah Binti Tofrowaih

Date of Input: 11/04/2019 | Updated: 11/04/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603- 9769 7368
+603- 9769 7369
C1568799216