PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KOLEJ KEDIAMAN | KOLEJ CANSELOR
BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
Kepada pelanggan yang dihargai, UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Sila beri maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di UPM. Terima kasih.
» PERATURAN KOLEJ » PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KOLEJ KEDIAMAN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KOLEJ KEDIAMAN
PERATURAN KEDIAMAN PELAJAR UPM
Kebersihan rumah/bilik adalah tanggungjawab bersama. Penghuni hendaklah memastikan rumah atau bilik sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
Sampah setiap bilik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah awam di luar rumah/bilik setiap hari.
Dilarang membuang segala jenis sampah/barang melalui tingkap.
Cadar dan sarung bantal mesti digunakan setiap masa.
Dilarang menampal, menconteng dan mengotor permukaan perabot, dinding dan sebagainya.
Menyidai pakaian hanya di ampaian yang disediakan.
Suis lampu dan kipas hendaklah dimatikan apabila meninggalkan bilik.
Dilarang membuat atau mengubahsuai sambungan elektrik/internet.
Peralatan elektrik yang dibenarkan adalah radio(watt sederhana), pengecas bateri telefon bimbit, komputer dan pencetak.
Dilarang membawa dan memelihara binatang peliharaan (pets) dalam rumah/bilik.
Dilarang memasak dalam blok kediaman.
Penghuni tidak dibenarkan memindah, menukar atau mengubahsuai setiap peralatan yang ada di rumah/bilik.
Semua kerosakan hendaklah dilaporkan ke Pejabat Am Kolej dengan segera.
Penghuni rumah/bilik dilarang menumpangkan orang lain tinggal bersama tanpa kebenaran pihak Pengurusan Kolej.
Tidak dibenarkan bertukar rumah/bilik/partition tanpa kebenaran Pengetua Kolej.
Dilarang membawa atau menyimpan minuman keras, dadah, bahan-bahan lucah, senjata dan merokok.
Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam.
Kemudahan dan keadaan rumah/bilik anda telah direkodkan. Pemeriksaan inventori bilik akan dilakukan pada setiap sesi. Penghuni yang berdaftar pada bilik berkenaan akan menanggung denda perilaku sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) atau kos baikpulih/ ganti (mengikut harga semasa) jika kerosakan pada kemudahan bilik disebabkan vandalisme oleh penghuni bilik atau tindakan mandatori dibuang kolej sekiranya melanggar peraturan kolej sebagaimana yang telah ditetapkan.
Penghuni dilarang membawa masuk pelajar/orang luar yang berlainan jantina ke rumah/bilik.
Penghuni yang melanggar peraturan kediaman pelajar akan dikenakan tindakan berdasarkan Arahan Tetap Kolej Kediaman Pindaan 2015 atau boleh dikenakan tindakan mandatori di buang kolej.
Sumber: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Perlembagaan Universiti Putra Malaysia Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2005 Perintah Tetap Universiti Putra Malaysia (Kolej Kediaman) (Kolej Canselor) 2015 (hasil resolusi dari Bengkel Peraturan Kolej Kediaman 2016 yang telah diadakan pada 26 Februari 2016).