Greetings From The College Principal | CHANCELLOR COLLEGE
» ABOUT US » ADMINISTRATION AND MANAGEMENT » Greetings from The College Principal

Greetings from The College Principal

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telibat dalam penerbitan laman web Kolej Canselor ini.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih serta kerjasama semua pihak, Kolej Canselor telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian dari semasa ke semasa seiring dengan cogan kata kolej, KEKAL CEMERLANG.

Dalam menghadapi era yang mencabar ini, pelajar-pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Dalam usaha mendepani arus globalisasi serta pasaran kerja yang menuntut kepelbagaian kemahiran, pelajar perlulah merintis usaha untuk mencari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang bukan hanya dibekalkan di bilik-bilik kuliah malah di kolej kediaman yang sentiasa menyediakan ruang dan peluang untuk kemajuan diri.

Akhir kata, saya berharap agar semua warga Kolej Canselor terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha pembangunan Kolej Canselor.

Sekian, terima kasih.

“Kekal Cemerlang”

PROF. MADYA DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH

Pengetua

 

 

Updated:: 28/07/2022 [emy_hana]

MEDIA SHARING

CHANCELLOR COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXFFJAv~