Sejarah Kolej | KOLEJ CANSELOR
» MENGENAI KAMI » PENGENALAN » Sejarah Kolej

Sejarah Kolej

Kolej Canselor merupakan salah sebuah kolej kediaman pelajar di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang, Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan pada tahun 1973, dahulunya dikenali sebagai Kolej Kediaman dan Kolej Jelapang (mulai 1975) kerana blok-blok asrama pelajar dinamakan dengan nama jenis padi iaitu Murni, Masria, Malinja dan Mahsuri. Selain itu lambang Kolej Kediaman Keempat sendiri adalah berteraskan kepada tangkai padi yang merupakan salah satu entiti penting dalam pertanian negara.

Hari berganti hari dan setelah berusia 20 tahun, wujud usaha untuk menukarkan nama Kolej Kediaman Keempat kepada nama yang baharu. Usaha ini telah dimulakan oleh Ayahanda Pengetua Kolej pada ketika itu, iaitu Dr. Ghizan Salleh untuk melambangkan sebuah kolej yang sedang bergerak ke arah korporat dan sempena nama panggilan bagi Ketua Kehormat Pentadbir Universiti. Ternyata usaha tersebut tidak sia-sia dan menjadi kenyataan. Pada majlis sambutan Dua Dekad Penubuhan Kolej, bertarikh 20 September 1995, nama Kolej Kediaman Keempat ditukarkan kepada Kolej Canselor dan dirasmikan sendiri oleh Canselor Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia), TYT Tun Dato' Seri Dr. Haji Hamdan Sheikh Tahir.

Kini Kolej Canselor terus melangkah maju ke hadapan. Warga Kolej Canselor kini telah bertambah kepada hampir 600 orang dan didokong oleh warga kerja Majlis Tertinggi Mahasiswa yang berdedikasi dengan sokongan penuh oleh pihak Pentadbiran Kolej Canselor yang diketuai oleh Pengetua  demi memastikan warga Canselor menjadi graduan terbaik Universiti Putra Malaysia dengan berteraskan moto kolej iaitu "KEKAL CEMERLANG".

Kemaskini:: 18/07/2017

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603- 9769 7368
+603- 9769 7369
B1566063339