MAJLIS ANUGERAH CANSELOR (MAC) SESI 2016/2017 | KOLEJ CANSELOR
» ACTIVITIES » MAJLIS ANUGERAH CANSELOR (MAC) SESI 2016/2017

ACTIVITIES

Event Title
MAJLIS ANUGERAH CANSELOR (MAC) SESI 2016/2017
Date
14 May 2017 - 14 May 2017
Time
08.00 - 12.00
Location
Dewan Kolej Canselor
Event Summary
Malam Anugerah Canselor atau lebih dikenali sebagai MAC, merupakan program atau aktiviti pelajar yang kedua terbesar selepas Majlis Makan Malam Rasmi Kolej atau MMMR yang biasanya diadakan setiap tahun. Majlis Malam Anugerah canselor ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada warga Kolej Canselor yang banyak menyumbang ke arah kecemerlangan Kolej Canselor itu sendiri. Pelbagai anugerah disediakan untuk pelajar yang cemerlang dan banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang seperti sukan, kesenian, kebudayaan, keusahawanan, kesukarelawanan dan banyak lagi. Majlis ini juga memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan. Dengan kata lain MAC ini diadakan untuk memberi ruang kepada pelajar untuk menonjol bakat dan kebolehan diri masing-masing. MAC ini juga dijadikan medan pembakar semangat pelajar untuk terus bersaing sesama mereka untuk melahirkan mahasiswa unggul yang mempunyai nilai tambah yang berkualiti.

Updated:: 09/10/2017 [zaim_hamid]

MEDIA SHARING

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467368
0389467369
C1511013379