Seruan Negara - COVID 19 | KOLEJ CANSELOR
» KOR SISPA UPM » AKTIVITI » Seruan Negara - COVID 19

Seruan Negara - COVID 19

KOR SISPA UPM tidak melepaskan peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara sewaktu krisis covid-19 melanda negara dan di seluruh dunia. Dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020, pegawai-pegawai daripada UPM telah berbesar hati berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan di beberapa tempat bersama-sama agensi lain  dalam membantu usaha kerajaan menangani dan meredakan keresahan rakyat Malaysia dalam menghadapi ancaman covid-19.

Antara pegawai-pegawai daro KOR SISPA UPM yang telah melibatkan diri adalah Timbalan Komandan KOR SISPA UPM, Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya. Dr. Mohd Zaki Hamzah, Kapt. Bersekutu (PA) Rizal Razak, Lt. Muda (PA) Munawwar Mihat, Lt. Muda (PA) Juwairiyah Abd. Razak, Lt. Muda (PA) Noorsuhada Sulaiman dan Lt. Muda (PA) Nuramira Huda Mohd Razi.

Anggota ditugaskan di beberapa tempat seperti Negeri Selangor di ILKAP Bangi, Hotel Movenpick KLIA. Ada juga yang bertugas di Negeri Johor dan juga di Negeri Melaka. Antara penugasan yang telah dilaksanakan adalah mendengar taklimat penglibatan dan peranan APM dalam crisis covid-19, meninjau operasi PKPD di Selayang dan Rumah Malaya/Masjid India, meninjau operasi di Stesen Kuarantin Luar (Hotel), melawat Pusat Kawalan Operasi di HQ APM, meninjau operasi Dapur Medan APM KL/Wilayah dan membantu melaksanakan tugasan-tugasan lain.

Tahniah !!! Semoga menjadi pencetus ke arah kecemerlangan KOR SISPA UPM dalam mencurahkan khidmat bakti kepada negara tercinta.

Kemaskini:: 06/06/2020 [nani_mohd]

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXETAAv~