KOR SISPA Universiti Putra Malaysia telah mencipta sejarah apabila diberi penghormatan untuk menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan pada 12 September 2019. Penyertaan UPM telah diwakili oleh tiga orang Pegawai Bersekutu diketuai oleh Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohd Zaki Hamzah, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias dan Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Khairul Jusoh @ Yusof.
Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara.
Dalam Istiadat penuh gemilang itu, Lima Panji Yang di-Pertuan Agong diarak iaitu Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.
Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin serta pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
Kemaskini:: 30/01/2020 [nani_mohd]
PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN