Majlis Penutupan Putra Warna-Warni Canselor (PWWC) Secara Langsung Di Youtube | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » Majlis Penutupan Putra Warna-Warni Canselor (PWWC) Secara langsung di Youtube

Majlis Penutupan Putra Warna-Warni Canselor (PWWC) Secara langsung di Youtube


Kolej Canselor, UPM - Pada 13 Jun 2021, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Putra Warna-Warni Canselor (PWWC) 2021 yang dihadiri oleh Ayahanda Pengetua Kolej Canselor yang disayangi iaitu Profesor Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah. Majlis Penutupan tersebut dimulai dengan ucapan daripada Ayahanda Pengetua dan diteruskan dengan beberapa persembahan daripada Kolej Canselor seperti Kelab Tarbiyyah dan Dakwah Canselor (KTDC), Persatuan Canselorian Cina (PCC), Kelab Kebudayaan India Canselor (KKIC) dan Kelab Borneo Canselor (KBC).

Slot yang ditunggu-tunggu oleh peserta iaitu pengumuman pemenang bagi setiap pertandingan daripada kelab di bawah Sekretariat Perpaduan dan Keharmonian yang telah dilaksanakan. Bagi melengkapi majlis ini, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Kolej Canselor.

Sepanjang berlangsungnya program PWWC ini selama 3 minggu iaitu dari 25 Mei sehingga 10 Jun, pelbagai pertandingan telah dianjurkan seperti Unity in Diversity Sharing, Fotografi berasaskan Perpaduan, Origami Perahu Naga, Sing is Bling, Mini Rangoli Fest, Mencipta Poster bertemakan Borneo dan Kuiz Borneo.

PWWC ini dapat dianjurkan secara jayanya atas sokongan dan sambutan daripada warga Kolej Canselor khususnya serta warga Universiti Putra Malaysia amnya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum.

Berita oleh : Jerrywesly

Tarikh Input: 14/06/2021 | Kemaskini: 14/06/2021 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXEUCAF~