ENGLISH LANGUAGE FESTIVAL (ELF) | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » ENGLISH LANGUAGE FESTIVAL (ELF)

ENGLISH LANGUAGE FESTIVAL (ELF)

KOLEJ CANSELOR – Kolej Canselor telah menyertai English Language Festival (ELF) yang dianjurkan oleh Centre for Applied Language and Communication (CALC), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) pada 18 Disember 2025, bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Kolej Canselor sebagai wakil rasmi kolej dengan sokongan penuh pihak pengurusan kolej serta Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Penyertaan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di samping membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta semangat kerja berpasukan melalui aktiviti berunsur akademik dan interaktif. Kolej Canselor telah menghantar wakil bagi kategori Booth dan kategori Mic’s Up, yang menuntut kreativiti, kemahiran penyampaian serta penggunaan Bahasa Inggeris secara aktif sepanjang program berlangsung. Wakil kolej berjaya menampilkan persembahan yang berkesan melalui penyediaan booth yang interaktif serta penglibatan aktif dalam sesi pengucapan dan interaksi bersama pengunjung. Hasil daripada komitmen dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan, Kolej Canselor berjaya meraih tempat kedua bagi kategori Best Costume, sekali gus mencerminkan kreativiti serta kesungguhan pelajar dalam menjayakan penyertaan ini. Secara keseluruhannya, penyertaan Kolej Canselor dalam English Language Festival (ELF) telah memberikan impak yang positif terhadap pembangunan akademik dan sahsiah pelajar. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam situasi sebenar, malah turut memperkukuhkan imej Kolej Canselor sebagai kolej yang aktif menyokong pembangunan intelektual dan keterlibatan pelajar di peringkat universiti. Diharapkan penglibatan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing, berkeyakinan dan holistik.

Disediakan oleh: Wan Intan Sabrina | 22 Disember 2025

Tarikh Input: 29/12/2025 | Kemaskini: 29/12/2025 | amira_hadri

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1830 / 1832
03-9769 1830
F, (09:10:52am-09:15:52am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]