PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL) | KOLEJ CANSELOR
» NEWS » PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL)

PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL)

PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL)

Serdang: Satu acara perasmian yang disertai oleh 17 kolej di UPM telah diadakan dan menjadi titik permulaan kepada acara tahunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu sukan interkolej. Melalui sukan interkolej ini, bakat atlet dapat digilap dan diasah dan seterusnya melahirkan pelapis atlet yang berpotensi tinggi di peringkat kebangsaan.

Kolej Canselor telah menghantar satu kontinjen untuk mewakili kolej Canselor dalam acara pembarisan yang diketuai oleh Ketua Kontinjen Muhammad Nurhafiz Azman. Kolej Canselor juga memilih Pokemon Go sebagai maskot dan tema bagi acara pembarisan kali ini.

Acara ini berlangsung pada 24 Ogos 2016 bersamaan hari sabtu, bertempat di Stadium UPM dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato’ Dr. Shatar Sabran, Dr. Hanafiah bin Ayub, Ketua Pusat Sukan UPmsemua pengetua, felo dan Majlis Tertinggi Mahasiswa dan peserta bagi setiap kolej.

Tujuan acara ini dijalankan adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan dan memupuk semangat berkumpulan. Di samping itu, acara ini mampu mengeratkan hubungan sesama warga dan membentuk kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

Acara perasmian ini diadakan setahun sekali.

Updated:: 04/05/2017 [zaim_hamid]

MEDIA SHARING

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467368
0389467369
C1506041695