DIALOG MTM MEDIUM TERBAIK LUAH PANDANGAN | CHANCELLOR COLLEGE
» NEWS » DIALOG MTM MEDIUM TERBAIK LUAH PANDANGAN

DIALOG MTM MEDIUM TERBAIK LUAH PANDANGAN

DIALOG MTM MEDIUM TERBAIK LUAH PANDANGAN


Serdang : Dialog MTM merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) dengan pengurusan Kolej Canselor untuk mendapatkan penjelasan berkenaan aktiviti, kemudahan, kebajikan, membuat aduan, dan apa – apa yang berkaitan.


Program ini merupakan platform bagi membolehkan warga kolej berinteraksi secara telus dengan pihak MTM dan pengurusan kolej.


Dialog MTM ini telah dijalankan pada 28 September 2016 di Dewan Kolej Canselor dan dihadiri oleh semua warga Kolej Canselor.

Menurut Presiden MTM Kolej Canselor, saudari Noor Izznin Najiah binti Lansir, “program ini merupakan wadah antara warga dengan MTM dan pihak pengurusan untuk mengajukan soalan berkaitan dengan kolej”.

Program ini diadakan secara santai dimana warga diberi peluang untuk mengajukan soalan berkenaan Kolej Canselor kepada panel – panel yang terlibat.

Date of Input: | Updated: 04/05/2017 | zaim_hamid

MEDIA SHARING

CHANCELLOR COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXETJAB~