|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 03 June 2008 |
|
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU SESI KEMASUKAN 2008/2009 KE KOLEJ CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA!!  SECALIT TINTA Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab ( PEMANGKU PENGETUA KOLEJ CANSELOR ) Bismillahirahmanirrahim & Assalamualaikum wrt. wbt Kolej adalah suatu wadah untuk memperkenalkan warga Kolej Canselor kepada konsep ilmu kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berorganisasi dalam kegiatan luar selain akademik sekaligus dalam kehidupan kampus. Kolej Canselor kini telah mengorak langkah ke arah pembangunan yang cemerlang di mana menjadikan Kolej ini sebagai institut sejagat dan pelengkap kepada melahirkan warga yang berkeupayaan tinggi dalam semua bidang. Kemudahan yang disediakan memberikan suasana persekitaran yang kondusif dan menggalakkan pembangunan diri mahasiswa. Justeru, harapan Kolej Canselor adalah menjadikan kolej yang mendapat menghasilkan glongan pelajar yang benar-benar faham akan aspirasi dan matlamat negara, universiti, dan kolej di samping memiliki ilmu dan profesionalisme yang tinggi. Buat semua pelajar-pelajar baharu yang bakal menjadi sebahagian warga cemerlang di Kolej Canselor, SELAMAT DATANG & TAHNIAH diucapkan. semoga kehadiran anda menjadikan Kolej Canselor terus " Kekal Cemerlang " selari dengan aspirasi universiti dan negara. .
|
|
Last Updated ( Thursday, 24 July 2008 )
|