PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL) | KOLEJ CANSELOR
» BERITA » PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL)

PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL)

PERASMIAN SUKAN INTERKOLEJ (SUKOL) 2017/2018

Serdang: Satu acara perasmian yang disertai oleh 17 kolej di UPM telah diadakan dan menjadi titik permulaan kepada acara tahunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu sukan interkolej. Melalui sukan interkolej ini, bakat atlet dapat digilap dan diasah dan seterusnya melahirkan pelapis atlet yang berpotensi tinggi di peringkat kebangsaan. Kolej Canselor telah menghantar satu kontinjen untuk mewakili Kolej Canselor.

Acara ini berlangsung pada 8 Oktober 2017 bersamaan hari Ahad, bertempat di Stadium UPM dan dihadiri oleh Naib Canselor UPM, Ybhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Ybhg. Prof Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Ketua Pusat Sukan UPM, Dr. Hanafiah bin Ayub, pengetua-pengetua kolej, felo dan Majlis Tertinggi Mahasiswa dan peserta bagi setiap kolej.

Tujuan acara ini dijalankan adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan dan memupuk semangat berkumpulan. Di samping itu, acara ini mampu mengeratkan hubungan sesama warga dan membentuk kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

Acara perasmian ini diadakan setahun sekali.

Tarikh Input: | Kemaskini: 07/10/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ CANSELOR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 7377 / 7501
03-9769 7377
SXETXA0~